Posts

Showing posts from June, 2022

Novel Bimasakti Menari - Peristiwa Yang Tidak Wajar Dicontohi Dalam Kalangan Masyarakat

BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM KSSM Soalan 8 : Novel (ii) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang tidak wajar dicontohi dalam kalangan masyarakat. Contoh jawapan:   Berdasarkan novel yang saya kaji, Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop terdapat peristiwa yang tidak wajar dicontohi dalam kalangan masyarakat.   Salah satu peristiwa yang tidak wajar dicontohi dalam kalangan masyarakat ialah peristiwa kesanggupan seorang tokoh perniagaan yang cuba menggagalkan usaha golongan muda melestarikan alam sekitar. Hal ini dapat dilihat melalui usaha yang dilakukan oleh Dato' Johann Arlington-Majid yang cuba menggagalkan pembentangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap oleh Nurul Hafsa kerana bimbang jika projek itu berjaya dilaksanakan, syarikatnya akan mengalami kerugian. Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana menunjukkan masyarakat yang sanggup mengaut keuntungan tanpa memikirkan keindahan alam sekitar yang perlu dilestarikan.   Selain itu, p...

Novel Bimasakti Menari - Peristiwa Yang Dapat Dijadikan Teladan Oleh Pembaca

BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM KSSM Soalan 8 : Novel (ii) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca. Contoh jawapan:   Berdasarkan novel yang saya kaji, Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop terdapat peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca.   Salah satu peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca ialah peristiwa Muhammad Taufik ke stesen Petronas seorang diri. Hal ini dibuktikan apabila Muhammad Taufik telah ke stesen petronas tersebut bagi menemui seorang lelaki yang tidak dikenali setelah mendapat arahan melalui petunjuk di hospital, hingga menyebabkan dia diculik. Peristiwa ini memberi teladan supaya kita berhati-hati sepanjang masa menjaga keselamatan diri.   Selain itu, peristiwa yang menjadi teladan kedua ialah peristiwa hubungan baik Puan Maryam Wickham dengan anak dan suaminya. Hal ini dapat dilihat melalui Puan Maryam yang sentiasa berkirim salam kepada bekas suaminya dan m...

Novel Pantai Kasih - Peristiwa Yang Menyentuh Perasaan

BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM KSSM Soalan 8 : Novel (ii) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menyentuh perasaan anda. Contoh jawapan:   Berdasarkan novel yang saya kaji, Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat peristiwa yang menyentuh perasaan saya.   Salah satu peristiwa yang menyentuh perasaan saya ialah peristiwa Doktor Raiha yang tetap mempertahankan kandungannya daripada digugurkan. Peristiwa ini dapat dilihat apabila Doktor Raiha tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan kandungannya walaupun telah diminta oleh suaminya supaya menggugurkan kandungan setelah mengetahui anak dalam kandungannya cacat. Peristiwa ini menyentuh perasaan saya kerana terharu dengan kesungguhan seorang ibu yang sanggup tidak mempedulikan permintaan suami demi melihat anak yang dikandung itu dapat dilahirkan.   Seterusnya, peristiwa lain yang menyentuh perasaan saya ialah peristiwa pengorbanan ibu Unong Siron dalam memastikan Unong Siron mendapat rawatan y...

Karangan Semangat Kejiranan

KARANGAN BAHAGIAN A SPM (KSSM) Rangka Karangan Pendahuluan • Maksud jiran • Isu semasa berkaitan jiran • Ayat kata kunci (2 kata kunci daripada bahan) Isi-isi • Kata kunci 1 + isi utama • Isi utama: masyarakat bertegur sapa dengan jiran tetangga • Kata kunci 2 + isi utama •Isi utama: dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat Penutup • Semua pihak perlu berganding bahu - memupuk semangat kejiranan Contoh Karangan   Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita selain daripada keluarga sendiri. Pada era globalisasi kini, terdapat banyak lakaran suram yang menyelubungi masyarakat pada zaman ini seperti amalan kehidupan berjiran dalam kalangan masyarakat pada masa kini dikatakan semakin sirna ibarat hidup segan mati tak mahu. Hal ini perlulah dibendung agar ukhuwah yang kukuh dan ampuh antara jiran tetangga dapat dibentuk bak kata peribahasa "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat". Persoalannya, apakah langkah yang boleh dia...

Rangka Ringkas Karangan Bahagian A SPM KSSM

  PENDAHULUAN • Ayat rangsangan / Definisi / Ungkapan menarik {mengikut tema} • Huraian kepada ayat rangsangan / definisi / ungkapan menarik • Isu semasa • Ayat kata kunci {kebiasaannya terdapat 2 kata kunci daripada bahan} ISI - ISI Kata kunci 1 {daripada bahan 1} • Kata kunci 1 + isi utama • Huraian • Contoh {jika diberi gambar, boleh diambil daripada gambar} • Ayat penegas Kata kunci 2 {daripada bahan 2} • Kata kunci 2 + isi utama • Huraian • Contoh {jika diberi gambar, boleh diambil daripada gambar} • Ayat penegas PENUTUP • Ayat kesimpulan • Pihak + cadangan • Harapan