Novel Bimasakti Menari - Peristiwa Yang Tidak Wajar Dicontohi Dalam Kalangan Masyarakat

BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM KSSM

Soalan 8 : Novel

(ii) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang tidak wajar dicontohi dalam kalangan masyarakat.

Contoh jawapan:

  Berdasarkan novel yang saya kaji, Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop terdapat peristiwa yang tidak wajar dicontohi dalam kalangan masyarakat.

  Salah satu peristiwa yang tidak wajar dicontohi dalam kalangan masyarakat ialah peristiwa kesanggupan seorang tokoh perniagaan yang cuba menggagalkan usaha golongan muda melestarikan alam sekitar. Hal ini dapat dilihat melalui usaha yang dilakukan oleh Dato' Johann Arlington-Majid yang cuba menggagalkan pembentangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap oleh Nurul Hafsa kerana bimbang jika projek itu berjaya dilaksanakan, syarikatnya akan mengalami kerugian. Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana menunjukkan masyarakat yang sanggup mengaut keuntungan tanpa memikirkan keindahan alam sekitar yang perlu dilestarikan.

  Selain itu, peristiwa kedua yang tidak wajar dicontohi ialah peristiwa kesanggupan melakukan jenayah demi melunaskan dendam dalam diri. Hal ini dibuktikan melalui tindakan Dato' Johann Arlington-Majid yang sanggup mengupah orang menculik Nurul Hafsa dan Muhammad Taufiq kerana dendamnya terhadap Tan Sri Muhaimin yang berjaya memiliki Puan Mariam Wickham dan mendapat tender. Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana menunjukkan masyarakat yang sanggup melakukan jenayah demi melunaskan dendam dalam diri.

  Kesimpulannya, peristiwa yang tidak wajar dicontohi dalam novel Bimasakti Menari ini dapat menjadi pengajaran kepada pembaca dalam kehidupan.

Comments

Popular posts from this blog

Novel Pantai Kasih - Peristiwa Yang Menyentuh Perasaan

Novel Bimasakti Menari - Peristiwa Yang Dapat Dijadikan Teladan Oleh Pembaca