BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM KSSM Soalan 8 : Novel (ii) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menyentuh perasaan anda. Contoh jawapan: Berdasarkan novel yang saya kaji, Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat peristiwa yang menyentuh perasaan saya. Salah satu peristiwa yang menyentuh perasaan saya ialah peristiwa Doktor Raiha yang tetap mempertahankan kandungannya daripada digugurkan. Peristiwa ini dapat dilihat apabila Doktor Raiha tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan kandungannya walaupun telah diminta oleh suaminya supaya menggugurkan kandungan setelah mengetahui anak dalam kandungannya cacat. Peristiwa ini menyentuh perasaan saya kerana terharu dengan kesungguhan seorang ibu yang sanggup tidak mempedulikan permintaan suami demi melihat anak yang dikandung itu dapat dilahirkan. Seterusnya, peristiwa lain yang menyentuh perasaan saya ialah peristiwa pengorbanan ibu Unong Siron dalam memastikan Unong Siron mendapat rawatan y...
Comments
Post a Comment