Posts

Showing posts from February, 2021

English Grammar ( Nouns )

 Noun? What is noun? ~ A noun is a person, an animal, a place or a thing. Example: a dog, a town, a phone, a melon, an orange. ~ In writing, names of people, places, days, months, etc. begin with a  capital letter . Example: Monday, June, Mr John. 1. Singular and Plural Nouns •  Most nouns can be  singular  ( one ) or  plural  ( more than one ).  Example: a pizza - two pizzas, an apple - five apples. •  For the plural form of most nouns, add  ' s ' Example: bottle - bottle s , pen - pen s. •  For nouns that end in  s  and  s,  add ' es '. Example: box - box es , moss - moss es. •  For nouns ending in  f  or  fe , change  f to v  and add ' es '. Example: wolf - wolv es , wife - wiv es , life - liv es. •  For nouns that end in consonant  ( b, c, d, etc ) + y ( ay, oy, ey ) , change y to i and add ' es ' ( and ' s ' ). Example: day - day s , family - famil ies . •  The pl...

Koleksi Peribahasa

 "Peribahasa juga perlu diberikan perhatian. Ia boleh digunakan dalam penulisan karangan untuk menjadikan bahasa dalam karangan itu lebih menarik. Selain itu, peribahasa juga akan ditanyakan dalam peperiksaan di bahagian tatabahasa. Di sini saya akan menyenaraikan seberapa banyak peribahasa beserta maksudnya supaya dapat dijadikan sebagai rujukan". 1. Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas Maksudnya : Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas. 2. Akar umbi Maksudnya : Akar tunjang keseluruhan asas sesuatu yang kukuh peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti. 3. Alah bisa tegal biasa Maksudnya: Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa mengalaminya. 4. Alah membeli menang memakai Maksudnya: Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang itu kuat ( tahan dan sebagainya). 5. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Maksudnya: Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu diselesaikan. 6. ...

Karangan Kepentingan Aktiviti Gotong-royong

  Rangka Karangan Pendahuluan • Banyak kepentingannya kepada masyarakat Isi-isi • Meringankan kerja • Menjimatkan masa • Merapatkan hubungan Penutup • Aktiviti tersebut perlu digalakkan Contoh karangan:   Amalan bergotong-royong ini perlu diamalkan dan digalakkan. Aktiviti ini melibatkan kegiatan seperti membersihkan kawasan masjid, kawasan perumahan, dan persekitaran. Banyak kepentingan yang diperoleh daripada aktiviti tersebut.   Antara kepentingan aktiviti bergotong-royong ialah kita dapat meringankan kerja. Kerja yang berat dapat dikurangkan kerana ramai orang yang melakukannya. Contohnya, kerja membersihkan kawasan atau menebang pokok dapat dilakukan dengan mudah dan cepat kerana adanya bantuan daripada orang lain.   Seterusnya, kita dapat menjimatkan masa untuk melakukan sesuatu kerja. Dengan bergotong-royong, sesuatu kerja itu dapat dilakukan secara beramai-ramai dan cepat. Sebagai contohnya, kerja-kerja mengutip sampah dan membersihkan kawasan taman perumahan...

Karangan Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

   Rangka Karangan Pendahuluan •  Setiap pelajar memang mempunyai impian untuk menjadi pelajar cemerlang Isi-isi • Mementingkan kesihatan dan kebersihan • Bijak membahagikan masa • Mengamalkan sahsiah yang terpuji Penutup • Ciri-ciri ini perlulah dipupuk oleh ibu bapa sejak kecil. Contoh karangan : Setiap pelajar mempunyai impian untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Perkara ini disebabkan oleh setiap pelajar hendak berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, pelajar-pelajar perlulah mengamalkan budaya cemerlang dalam kehidupan seharian.  Pelajar yang cemerlang mementingkan kesihatan dan kebersihan. Jika pelajar sihat, anggota badan akan cergas dan mudah untuk menerima pelajaran kerana otak yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat. Oleh itu, pelajar-pelajar perlulah melakukan senaman dan menjaga kebersihan diri.  Selain itu, pelajar-pelajar perlulah bijak membahagikan masa untuk mencapai matlamat tersebut. Pelajar-pelajar hendaklah menggunakan mas...

Karangan Peranan Pelbagai Pihak Dalam Mempopularkan Permainan Tradisional

  Rangka Karangan Pendahuluan    •  Permainan tradisional semakin dilupakan Isi- isi  •  Peranan sekolah  •  Peranan ibu bapa  •  Peranan media massa  •  Peranan kerajaan Penutup  •  Permainan tradisional tidak harus dipandang enteng Contoh karangan:   Permainan tradisioanal semakin dilupakan pada masa sekarang. Belakangan ini, saranan untuk mempopularkan permainan tradisional kerap kedengaran. Pelbagai pihak disarankan supaya memainkan peranannya dalam mempopularkan permainan tradisional.  Antara pihak tersebut ialah sekolah. Pihak sekolah boleh mengadakan kegiatan kokurikulum yang berkaitan dengan permainan tradisional. Sebagai contohnya, pihak sekolah boleh menubuhkan kelab permainan tradisional seperti kelab congkak dan gasing. Penganjuran pertandingan congkak dan gasing boleh ditubuhkan untuk menarik minat pelajar. Cara ini bertujuan untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada pelajar-pelajar. ...