Karangan Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

  Rangka Karangan


Pendahuluan

• Setiap pelajar memang mempunyai impian untuk menjadi pelajar cemerlang

Isi-isi

• Mementingkan kesihatan dan kebersihan

• Bijak membahagikan masa

• Mengamalkan sahsiah yang terpuji

Penutup

• Ciri-ciri ini perlulah dipupuk oleh ibu bapa sejak kecil.


Contoh karangan:

Setiap pelajar mempunyai impian untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Perkara ini disebabkan oleh setiap pelajar hendak berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, pelajar-pelajar perlulah mengamalkan budaya cemerlang dalam kehidupan seharian.

 Pelajar yang cemerlang mementingkan kesihatan dan kebersihan. Jika pelajar sihat, anggota badan akan cergas dan mudah untuk menerima pelajaran kerana otak yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat. Oleh itu, pelajar-pelajar perlulah melakukan senaman dan menjaga kebersihan diri.

 Selain itu, pelajar-pelajar perlulah bijak membahagikan masa untuk mencapai matlamat tersebut. Pelajar-pelajar hendaklah menggunakan masa dengan bijaksana dan berfaedah. Sebagai contohnya, pelajar-pelajar hendaklah membuat jadual waktu untuk belajar, bermain atau bersukan.

 Ciri-ciri lain adalah dengan mengamalkan sahsiah yang terpuji dalam kehidupan seharian. Dengan cara itu, pelajar-pelajar bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga dari segi sahsiah dan tingkah laku. Hal ini menjadikan pelajar-pelajar menjadi orang yang seimbang dan sempurna.

 Oleh itu, kalau hendak melentur bulu biarlah dari rebungnya dan ciri-ciri ini perlulah dipupuk sejak kecil. Pihak sekolah hendaklah menyuburkan ciri-ciri itu melalui aktiviti korikulum. Dengan cara itu, negara dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang pada masa hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

Novel Pantai Kasih - Peristiwa Yang Menyentuh Perasaan

Novel Bimasakti Menari - Peristiwa Yang Tidak Wajar Dicontohi Dalam Kalangan Masyarakat

Novel Bimasakti Menari - Peristiwa Yang Dapat Dijadikan Teladan Oleh Pembaca