Karangan Peranan Pelbagai Pihak Dalam Mempopularkan Permainan Tradisional

 Rangka Karangan


Pendahuluan 

 • Permainan tradisional semakin dilupakan


Isi- isi

 • Peranan sekolah

 • Peranan ibu bapa

 • Peranan media massa

 • Peranan kerajaan


Penutup

 • Permainan tradisional tidak harus dipandang enteng


Contoh karangan:


 Permainan tradisioanal semakin dilupakan pada masa sekarang. Belakangan ini, saranan untuk mempopularkan permainan tradisional kerap kedengaran. Pelbagai pihak disarankan supaya memainkan peranannya dalam mempopularkan permainan tradisional.

 Antara pihak tersebut ialah sekolah. Pihak sekolah boleh mengadakan kegiatan kokurikulum yang berkaitan dengan permainan tradisional. Sebagai contohnya, pihak sekolah boleh menubuhkan kelab permainan tradisional seperti kelab congkak dan gasing. Penganjuran pertandingan congkak dan gasing boleh ditubuhkan untuk menarik minat pelajar. Cara ini bertujuan untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada pelajar-pelajar.

 Selain itu, peranan ibu bapa juga penting untuk mempopularkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memperkenalkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk bermain congkak dengan anak-anak mereka. Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak mereka bermain gasing dan layang-layang.

 Di samping itu, media massa perlu menghebahkan kelebihan permainan tradisional kepada masyarakat. Hebahan boleh dilakukan melalui surat khabar, televisyen, majalah dan internet. Sebagai contohnya, TV3, melalui program Jom Heboh, boleh mengadakan permainan tradisional seperti gasing, congkak dan wau. Dengan cara ini, permainan tradisional dapat diperkenalkan kepada masyarakat, khususnya generasi muda.

 Seterusnya, pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan. Kementerian Penerangan, komunikasi, dan Kebudayaan hendaklah mengadakan pesta permainan tradisional pada setiap tahun. Sebagai contohnya, Festival Layang-layang di Pasir Gudang, Johor bukan sahaja disertai oleh rakyat tempatan malahan masyarakat antarabangsa.

 Kesimpulannya, usaha untuk memupuk dan memelihara permainan tradisional tidak harus dipandang enteng. Jika tidak, permainan tradisional mungkin hanya dapat ditonton di muzium oleh generasi yang akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Novel Pantai Kasih - Peristiwa Yang Menyentuh Perasaan

Novel Bimasakti Menari - Peristiwa Yang Tidak Wajar Dicontohi Dalam Kalangan Masyarakat

Novel Bimasakti Menari - Peristiwa Yang Dapat Dijadikan Teladan Oleh Pembaca