KBAT Sejarah SPM KSSM #1
Contoh jawapan bagi soalan kbat sejarah SPM
1. Jelaskan kepentingan undang- undang kepada sesebuah negara pada hari ini. (4m)
Kepentingan undang- undang kepada sesebuah negara pada hari ini ialah sebagai lambang keagungan kerajaan kerana mempunyai peraturan yang lengkap. Contohnya, Perlembagaan Persekutuan. Kesannya, negara yang aman harmoni dapat diwujudkan.
2. Generasi hari ini perlu mempertahankan warisan negara bangsa. Beri pandangan anda. (4m)
Generasi hari ini perlu mempertahankan warisan negara bangsa untuk memastikan negara aman makmur. Hal ini kerana warisan negara bangsa seperti undang-umdang dapat mengurangkan kadar jenayah dalam negara. Oleh itu, rakyat dapat hidup secara harmoni dan ekonomi negara meningkat kerana tarikan pelabur asing.
3. Cadangkan langkah bagi menangani masalah segelintir rakyat yang layak mengundi tetapi masih belum mendaftar sebagai pemilih.
Langkah bagi menangani masalah tersebut adalah dengan penguatkuasaan undang-undang. Pihak kerajaan perlu mengenalpasti individu yang layak mengundi tetapi masih belum berdaftar dan mengenakan denda kepada mereka. Hal ini akan menimbulkan kesedaran dalam diri mereka tentang kepentingan pilihan raya untuk menentukan pemimpin negara.
Comments
Post a Comment